March 23, 2012

Perihal hati dan perasaan.

Bismillah.

Perasaan yang satu tu fitrah. Semua orang rasa. Tak boleh lari dari perasaan tu.

Maka benar lah. Perasaan tak boleh control. It gets big, it gets small. Depends. Tapi yang boleh control is action. Tindak tanduk, tingkah laku, gerak geri yang perlu dijaga dan guard. Sebab itu apabila fikir guna perasaan, tindak tanduk, tingkah laku, gerak geri lawan dengan semua hukum yang dah termaktub.

Cinta. Apa itu cinta? Aku pun tak tahu. Malah rasa geli pun ada bicara soal cinta.

Tapi, rasa geli tu sebab dalam fikiran, tafsiran 'cinta' tu ikut masyarakat bukan ikut maksud yang sebenarnya.

Kalau nak diikutkan, cinta yang sebenar bagi aku adalah the feeling that you cannot live without Him. You need Him so badly in life. He gave you so much and when you realize how powerful He is, you just feel so small. Rasa macam aku tak berdaya nak buat ni kalau bukan kerana Dia. You feel like you can't get enough. You just want more and more and more of His love. And that leads you to the right path, insyaAllah.

Itu cinta pada Ilahi, bagi aku.

Hanyut.

Untuk hanyut dalam definisi 'cinta' masyarakat sangat senang. Dan sekarang aku cuba untuk keluar dari perasaan cinta yang dibawa oleh masyarakat.

Indah. Memang.
Bahagia. Mesti.

Tapi difikirkan lagi dan lagi dan lagi, besarkah cinta aku pada Rabb sampai dah rasa layak nak cinta orang? Cinta dengan Rabb pun masih tak terjaga ada pasang surut, ada hati nak cinta orang. Ambik cermin, tenung diri lama-lama.

Sungguh. Yang patut letak dekat tangga pertama hidup adalah Rabb Yang Satu.

Nak berlawan perang bertumbuk bertampar dengan perasaan cinta orang memang payah. Sebab perasaan tu datang tak dijemput, pergi tak dihalau. Ada yang lalu bagai angin.

Apa boleh buat? Control action.

Dan sungguh, control action tu sampai menggigil, mengetap bibir, menggenggam jari.

Dan sungguh, bila dalam kesusahan, Allah sentiasa dan selamanya ada bersama. Aku hanya mampu berdoa dalam hati moga dijauhkan dari penyakit 'cinta' yang dipakai masyarakat. Sebab Allah dah kata, apabila susah, doa dekat Dia, minta dari Dia. Nah, itu baru cinta.

Mungkin apa yang aku taip ini langsung tak dapat nak dihadam atau difaham. Aku cuma mengekspresi.

Untuk mengubati.

Plastering.

Supaya tak hanyut lagi dah.

nota: This is so not me talking about 'cinta'. Hahahaha. Oh, if you got some spare time, listen to Cintailah Ilahhi by In-Team. Youtube has a vid about it. It taught me that......ah, nevermind. I want to tell you about that song in another post.

No comments:

Post a Comment